
PERSATUAN AKAUNTAN SEKTOR AWAM MALAYSIA
THE ASSOCIATION OF PUBLIC SECTOR ACCOUNTANTS, MALAYSIA

PSA MALAYSIA
VISI | MISI | OBJEKTIF | COGANKATA | LOGO | SEJARAH
PERUTUSAN PENAUNG | PERUTUSAN PRESIDEN | AHLI MAJLIS | PERLEMBANGAAN
VISI
Keunggulan dan kelestarian Akauntan sektor awam
MISI
-
Melestarikan ekosistem perakaunan yang berkualiti untuk menyokong aspirasi Negara;
-
Sebagai wadah dalam memperjuangkan kepentingan akauntan sektor awam dengan berkesan secara berterusan
OBJEKTIF
-
Menyediakan saluran komunikasi yang diiktiraf dengan pihak berkuasa Kerajaan dan orang awam;
-
Melindungi kepentingan dan kebajikan semua ahli persatuan;
-
Menjalankan aktiviti yang berkaitan secara kondusif dan bersesuaian bagi mencapai visi dan misi perasatuan;
-
Menganjurkan pelbagai aktiviti bagi mempromosikan hubungan baik persatuan dengan badan profesional perakaunan dan persatuan lain; dan
-
Mempromosi dan memupuk minat masyarakat dalam bidang perakaunan.
COGANKATA
Integrity . Trustworthy . Sustainability




LOGO

SEJARAH
Persatuan Akauntan Sektor Awam Malaysia ditubuhkan pada tahun 1980 dibawah Akta Pertubuhan 1966. Semasa awal penubuhannya, keahlian persatuan ini terdiri daripada penjawat-penjawat awam yang berkhidmat sebagai Akauntan di agensi Kerajaan Persekutuan, negeri, badan berkanun dan syarikat korporat milik kerajaan di seluruh Malaysia.
Persatuan ini ditubuhkan untuk menyokong Institut Akauntan Malaysia (Malaysian Institute of Accountant) dalam pelbagai aktiviti dan berperanan penting dalam memberikan maklum balas, cadangan dan sumbangsaran yang berkaitan dengan dasar-dasar kerajaan agar aktiviti yang dijalankan selari dengan hasrat dan matlamat kerajaan.
Berikut merupakan profil mengenai PSA:
​
Nama : PERSATUAN AKAUNTAN SEKTOR AWAM MALAYSIA (PSA)
(THE ASSOCIATION OF PUBLIC SECTOR ACCOUNTANTS, MALAYSIA)
​
No. Pendaftaran : 2678 (Selangor)
​
Tarikh Pendaftaran : 9 April 1980
​
Alamat : JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA
Kompleks Kementerian Kewangan
No. 1, Persiaran Perdana, Presint 2
65594 Putrajaya
​
Sijil Perakuan Pendaftaran :
PENAUNG PSA MALAYSIA
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera
Alhamdulillah. Sukacita saya merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Persatuan Akauntan Sektor Awam Malaysia (PSA) yang berjaya melaksanakan rebranding (penjenamaan semula) laman web PSA. Saya percaya ianya mampu membawa wadah baru dalam penyebaran maklumat yang berguna kepada semua ahli.
Persatuan Akauntan Sektor Awam Malaysia (PSA) atau The Association of Public Sector Accountants, Malaysia merupakan satu platform kepada Akauntan Sektor Awam untuk mengintegrasikan perspektif ahli dalam pelbagai aspek terutama ke arah membentuk dan melahirkan Akauntan yang profesional, berintegriti dan berkualiti dalam usaha melestarikan ekosistem perakaunan yang berkualiti bagi menyokong aspirasi negara. Akauntan-akauntan di sektor awam termasuklah yang berkhidmat di Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri, Badan Berkanun, Pihak Berkuasa Tempatan, Universiti Awam dan sebagainya adalah diharapkan dapat bernaung di bawah PSA bagi mewujudkan sebuah komuniti inklusif yang mampu mengembelingkan idea dan tenaga serta aktif dalam program yang dilaksanakan oleh PSA.
Dengan berpaksikan cogan kata ‘Integrity.Trustworthy.Sustainability’, saya selaku Penaung PSA berharap budaya profesionalisme yang tinggi terus menjadi keutamaan dalam kalangan Akauntan Sektor Awam melalui penerapan nilai-nilai integriti, kejujuran dan kemampanan serta berupaya mendepani keperluan semasa dunia yang semakin mencabar.
Akhir kata, saya berharap seluruh Akauntan Sektor Awam khususnya warga PSA dapat mengukuhkan jaringan kerjasama melalui platform PSA yang diwujudkan ini untuk bersama-sama meningkatkan pembangunan diri dan seterusnya memberi impak yang baik kepada profesion akauntan di Malaysia.
Sekian, terima kasih.
​
YBhg. Dato' Zainani binti Jusoh C.A.(M)
Penaung PSA
PERUTUSAN PRESIDEN PSA
Ambar budi, wangi kasturi sahabat dikasihi
Assalamualaikum Warahmatullah wbt dan Salam Sejahtera,
Tiada apa yang lebih afdal dari menzahirkan syukur Alhamdulillah akan nikmat yang dikurniakanNya atas perlantikan ini. Namun yang lebih utama adalah amanah dan tanggungjawab yang perlu digalas serta sumbangan yang perlu dilaksanakan agar peranan Persatuan Akauntan Sektor Awam Malaysia (PSA) dalam memastikan keunggulan serta kelestarian akauntan sektor awam dapat direalisasikan secara berkesan dan berterusan.
Di samping itu, peranan besar PSA dalam menyokong pembangunan dan perkembangan Akauntan Sektor Awam serta membantu Jabatan Akauntan Negara Malaysia khususnya dalam membina ekosistem perakaunan sektor awam yang berkualiti lagi mapan sejajar dengan aspirasi negara menuntut usaha bersama semua pihak. “Duduk seorang bersempit-sempit, duduk bersama berlapang-lapang”
Cogan kata yang didukung PSA - Integrity, trustworthy dan sustainability perlu sentiasa difahami, dihayati dan dibudayakan dalam setiap perancangan serta tindakan yang bakal dilaksanakan agar kejayaan yang gemilang akan dapat dicapai demi kesejahteraan dan kecemerlangan persatuan, jabatan dan negara.
Namun semua ini sekadar menjadi angan-angan kosong dan mustahil digapai tanpa kerjasama semua ahli dengan penglibatan yang bersungguh serta utuh. Maka saya mengajak semua pihak terutama ahli PSA menggembleng kudrat di atas wadah persatuan ini untuk bersama memperjuangkan kelestarian akauntan sektor awam agar terus unggul dan gemilang selamanya. Berlarilah bersama saya menuju hasrat ini. InsyaALLAH.
Ombaknya kedengaran,
Pasirnya tidak kelihatan namun doanya pasti dimakbul Tuhan
Munajat buat semua insan
Bergemerlapan PSA di persada bukan khayalan
​
“MALAYSIA MADANI”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
​
AYUB BIN HJ ZAIDIN C.A.(M)
PRESIDEN PSA



.png)






Tarikh kemaskini: 13.10.2025