
PERSATUAN AKAUNTAN SEKTOR AWAM MALAYSIA
THE ASSOCIATION OF PUBLIC SECTOR ACCOUNTANTS, MALAYSIA

KEAHLIAN
GARIS PANDUAN KEAHLIAN | PERMOHONAN KEAHLIAN |
PROSES PERMOHONAN | JAWATANKUASA BIRO KEAHLIAN
GARIS PANDUAN KEAHLIAN PSA
FAEDAH KEAHLIAN
Faedah keahlian PSA mengikut kategori keahlian adalah seperti berikut:
AHLI BIASA
Ahli biasa mempunyai faedah yang berikut:
-
Memegang jawatan dalam persatuan
-
Mengundi dalam Mesyuarat Agung Tahunan
-
Menyertai aktiviti-aktiviti persatuan
-
Memeriksa rekod persatuan dengan notis kepada setiausaha
AHLI BERSEKUTU
Ahli Bersekutu mempunyai faedah yang berikut:
-
Menyertai aktiviti-aktiviti persatuan
-
Memeriksa rekod persatuan dengan notis kepada setiausaha
YURAN KEAHLIAN
PSA mengenakan dua jenis yuran iaitu yuran pendaftaran dan yuran tahunan kepada akauntan yang berminat untuk menjadi ahli. Akauntan yang baharu mendaftar sebagai ahli perlu membayar yuran pendaftaran serta yuran tahunan. Manakala untuk tahun berikutnya,hanya perlu membayar yuran tahunan sahaja. Berikut adalah struktur bayaran yang dikenakan:
Pemohon pertama kali :
Tahun berikut dan seterusnya:
Yuran Pendaftaran RM25.00
Yuran Tahunan RM24.00
JUMLAH RM49.00
Yuran Pendaftaran RM00.00
Yuran Tahunan RM24.00
JUMLAH RM24.00

Rajah 1 : Kategori Keahlian PSA
PROSES PERMOHONAN

Proses permohonan keahlian PSA adalah seperti berikut:
-
Borang permohonan yang telah lengkap diisi beserta bayaran hendaklah dihantar kepada Biro Keahlian untuk semakan dan akan dicadangkan di dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi untuk kelulusan;
-
Bayaran sebanyak RM 49.00 hendaklah dibuat di atas nama PERSATUAN AKAUNTAN SEKTOR AWAM MALAYSIA, melalui imbasan QR kod;
-
Sila hantar/emel slip transaksi kepada; keahlian.psa@gmail.com dan psabendahari@gmail.com; dan
-
Setelah mendapatkan kelulusan Majlis Tertinggi, nombor keahlian akan diberikan kepada pemohon.

Rajah 2 : Proses Permohonan Keahlian PSA
BORANG PERMOHONAN KEAHLIAN PSA
JAWATANKUASA BIRO KEAHLIAH PSA

Ketua Biro Keahlian
Encik Patrick Majatig C.A. (M), CPA (Aust), CPFA
Ketua Akauntan,
Bahagian Akaun,
Kementerian Pengajian Tinggi
Aras 11, Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5
62200 Putrajaya.
​
Tel: 03-88706508
Emel: patrick@mohe.gov.my
AJK Biro Keahlian
Puan Noorifaida binti Subehi,
Akauntan W44,
Seksyen Pengurusan Akaun,
Bahagian Kewangan,
Kementerian Pengajian Tinggi
​
Emel: ifaida.subehi@mohe.gov.my
HP no: 0193111189
KELAYAKAN KEAHLIAN
PSA mempunyai dua kategori keahlian iaitu Ahli Biasa dan Ahli Bersekutu. Bagi melayakkan seseorang akauntan untuk menjadi Ahli Biasa, individu tersebut hendaklah berkhidmat sebagai akauntan di salah sebuah organisasi seperti berikut :
​
-
Syarikat berkaitan Kerajaan
-
Badan Berkanun Kerajaan dan Kerajaan Tempatan
-
Kementerian/Jabatan dan Agensi Kerajaan
​
Akauntan yang tidak memenuhi kriteria untuk menjadi Ahli Biasa, akauntan tersebut akan dipertimbangkan untuk menjadi Ahli Bersekutu dengan mematuhi kriteria-kriteria yang berikut :
​
-
Bersara daripada perkhidmatan awam, atau;
-
Pernah berkhidmat sebagai akauntan perkhidmatan awam, atau;
-
Berkhidmat di syarikat/agensi di Badan Berkanun Kerajaan, Kerajaan Tempatan dan Kerajaan mempunyai pegangan saham.