top of page

PENYERTAAN KE PERSIDANGAN TAHUNAN KONGRES CPA AUSTRALIA 2016 DI SYDNEY, AUSTRALIA

Kongres CPA Australia

          Pada 10 hingga 12 Oktober 2016,  Persatuan Akauntan Sektor Awam Malaysia (PERASAMA) dengan kerjasama Certified Public Accountant (CPA) Australia telah menyelaraskan penyertaan akauntan-akauntan sektor awam Malaysia ke Kongres Certified Public Accountant (CPA) Australia 2016 yang diadakan di Hotel Hilton, Sydney Australia. Seramai 12 orang peserta telah menyertai program ini yang diketuai oleh YBrs. En. Roslan bin A.Rahman, Pengarah Bahagian Akaun Kementerian Kewangan dan ahli delegasi terdiri daripada akauntan-akauntan dari Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM), Perbendaharaan Negeri Johor, Lembaga Pelabuhan Klang, Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam, Perbadanan Pembangunan Negeri Selangor, Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan Penang Port Comission.

 

          Program ini diadakan dengan tujuan untuk memberikan pendedahan kepada para akauntan sektor awam berhubung berkaitan isu-isu dan cabaran profession perakaunan di peringkat antarabangsa manakala mesyuarat bersama pengurusan CPA Australia yang di adakan pada 13 Oktober 2016 adalah bagi memahami secara lebih mendalam tentang CPA Australia sebagai sebuah badan profesional perakaunan yang memainkan peranan dalam pembangunan dan halatuju profesion perakaunan di Australia. Selain daripada itu, mesyuarat ini juga membolehkan delegasi mengenalpasti peluang dan faedah yang boleh ditawarkan oleh CPA Australia menerusi keahlian dan latihan profesional untuk akauntan sektor awam di Malaysia.

 

          Setiap delegasi telah diberi pilihan untuk memilih concurrent session masing-masing mengikut kesesuaian dan keperluan sewaktu pendaftaran awal. Pada hari kongres berlangsung, delegasi perlu menghadiri sesi concurrent yang telah dipilih dan juga sesi Key Note yang diadakan.

Dr Yacob

Delegasi PERASAMA seramai 12 orang dengan diketuai oleh Pengarah BA MOF, En. Roslan A.Rahman

Dr Yacob

Bergambar bersama pengurusan CPA Australia yang diketuai oleh Mr Chris Wild, Regional Manager of CPA Australia

Dr Yacob

Kongres yang berlangsung di Hotel Hilton, Sydney, Australia

Adalah dirumuskan melalui penyertaan di dalam Kongres CPA Australia pada kali ini ialah peserta delegasi dapat memahami isu-isu perakaunan, profesion, kedudukan ekonomi semasa dunia dan Australia khususnya,dan cabaran yang melingkari profession perakaunan dan kewangan.

 

Selain itu, peserta delegasi juga mendapat pembelajaran secara tidak langsung melalui kongres apabila sesi ‘’ di kalangan peserta delegasi berjalan di sepanjang 3 hari kongres berlangsung.

​

​

Mesyuarat bersama pengurusan CPA Australia

​

Pada 13.10.2016, satu mesyuarat bersama pengurusan CPA Australia telah diadakan di Pejabat CPA yang beralamat di Tingkat 3, 111 harrington Street, Sydney. Diantara pengurusan CPA yang turut hadir ke mesyuarat ini adalah Mr Glenn Ahern, General Manager, Australian Division and NSW, Mr Chris Wild, Regional Manager of CPA Australia, Mr Stirling Wright, Relationships Manager of CPA Australia and Mr Ram Subramanian, Policy Advisor of CPA Australia.

 

Agenda perbincangan adalah merangkumi pembentangan mengenai latarbelakang, peranan serta fungsi CPA Australia sebagaisebuah badan profesional perakaunan yang telah dibentangkan oleh Mr Chris Wild, Regional Manager CPA Australia dan mengenai pelaksanaan perakaunan akruan kerajaan Australia serta latihan profesional untuk akauntan sektor awam yang telah dibentangkan oleh Mr Ram Subramanian, Policy Advisor CPA Australia.

Dr Yacob

Mesyuarat bersama pengurusan CPA Australia

Dr Yacob

Bergambar kenangan delegasi bersama pengurusan CPA Australia

Pendedahan yang diberikan untuk peserta delegasi di peringkat antarabangsa seperti program ini adalah sangat penting bagi pembangunan kerjaya peserta delegasi untuk tempoh jangka panjang.

 

*********************************************

Disediakan oleh:

 

Urusetia Delegasi PERASAMA

Kongres CPA Australia 2016, Sydney

bottom of page